Distraction Of Studies ?(Gangguan Belajar) Tips Mudah Menghafal Subjek SPM (Part I) Road To SPM

                Cuti 2 hari akibat jerebu,balik rumah.Nak belajar kat rumah memang banyak distraction compare kat asrama.Series cakap arr.Diagnostik rak sampai seminggu lagi kut.Alahai...al Fatehah tuk diri sendiri.Korang pun tolang sedekahkan al Fatehah dan doa kay kat aku.

               Series masa tengah study ni konfem sentuh fon jap.Usya instagram jap.Discover.Walauwei...bergetar pulak tulang rusuk kiri ni en.Walaupun baru masuk 16 minggu lepas,tulang rusuk kiri dah getar.Dengar macam tak logik betul tak.Daripada fasa gangguan pertama mula kepada fasa kedua iaitu berangan.

               Disebabkan gangguan tersebut,aku dah dapat ilham yang membantu aku untuk mengingat fakta subjek subjek berat seperti fizik,bio dan chemist.Nak aku share tak tips dia?So rajin rajin la klik iklan kat sebelah tu.Sian duit dalam akaun nuffnnang baru RM6 jer...tolong lah Melayu wei....ahahaha

Tips Menghafal Fakta Penting Untuk Peperiksaan
Image result for malaysian korean look alike
               Usya -usya discover.Biasalah tulang rusuk kiri ni vibrate jumpa gambar gambar cerni.Betul tak lelaki semua.Jangan risau tips ni bukan tuk laki jer tapi pompuan pun boleh pakai.Tips yang aku nak suggest ni bukan jer berguna untuk pelajar SPM jer tapi Universiti or Matriks boleh pakai.Tips ni bukan sajer membantu anda dalam pelajaran tapi membantu anda merubah hidup anda.Mungkin tips saya ni menjadi punca awak berkahwin dengan laki or awek lawa/hensem.Mesti tertunggu tunggu apa tipsnya ennnn??? Chilll lex.Sikit lagi....

Tips Mengayat Menggunakan Subjek
Hari ini saya akan mengajar anda ayat ayat untuk mengayat awek or pak we kat luar sana yang boleh digunakan untuk menghafal pelajaran pelajaran yang berat.Mohon jangan kecam dan bash saya sebab saya nak membantu anda semua.Ini semua hiburan semata.So let's begin guys.

Fizik
Inersia
"Awak nak tau tak.Awak ni macam inersia.Awak pertama dihati sebab inersia ni hukum newton yang pertama,tiada yang kedua or ketiga. Saya harap awak akan kekal dalam keadaan pegun atau dalam halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas awak.'
Momentum
Awak..bila saya jumpa awak saya mengalami perubahan momentum.Sampai saya kena cari perbezaannya guna formula
  • m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
  • m1u1+m2u2= m1+m2(v)

Daya
Awak ibarat daya kepada saya kerana awak mengubah bentuk dan pergerakan sesuatu objek.Vektor ( magnitud + arah )
F=ma

Daya Impuls
Awak jangan marah marah lama sebab kurang daya impuls yang terhasil.Sebab
semakin bertambah masa perlanggaran, semakin berkurang daya impuls yang dihasilkan.
So nanti saya nak kena cari tempoh awak marah marah tu pakai formula 
F = (mv-mu)/t , dimana t ialah masa perlanggaran.

Kerja
B:Awak kalau saya dengan awak saya akan kuat kerja!!!
G:Awat lak no???
B: Sebab saya adalah sesaran dan awak adalah daya.Apabila didarab akan jadi kerja. :P

Prinsip Keabadian Tenaga
Awak....cinta saya pada awak ibarat prinsip keabadian tenaga.
Sebab tenaga tidak boleh (dicipta,dimusnah) TETAPI boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Biologi
Organel
Awak adalah organel bagi saya sebab 
  • organel ialah struktur sel yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu fungsi khusus agar sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan.
 Komponen sel
Awak nak tau tak sebab apa saya suka awak?
Sebab first kan awak.Awak pandai beza baik buruk macam membran sel.
  • membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar.
  • membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
  • membran plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih.

Keduakan sebab awak selalu supportive dan melindungi daripada bahaya macam dinding sel.


  • dinding sel bersifat telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.
  • dinding sel memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan pelindungan kepada sel tumbuhan.
  • dinding sel juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.

Ketiga awak  selalu membekalkan saya dengan senyuman awak macam sitoplasma sebab sitoplasma 

  • sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel.
  • sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.

K

Keempatkan awak.Awak peting macam nukleus sebab awak mengawal hidup saya macam nukleus.
 dan awak pandai simpan rahsia seperti nukleus mengandungi kromosom  yang menyimpan maklumat genetik  untuk mengawal sintesiprotein.

Kelima saya yakin awak akan tetap support saya agar saya tidak mudah layu seperti sap sel.So awak lah vakuol dalam hidup saya,

Ke enam,bila saya penat dan tak bermaya nak melalui dugaan kehidupan yang perit ni.Awaklah yang memberi semangat macam mitokondrion yang membebaskan tenaga  setelah glukosa dienzimkan  dan awak simpan tenaga yang dibebaskan dalam bentuk molekul ATP (adenosina trifosfat)

Awak nak tau tak.Mak ayah sayakan yang memebsarkan saya dengan sihat agar saya boleh jaga awak suatu hari nanti.Sebab ibubapa sayalah ribosom yang mensintesis protein saya sehingga saya membesar seperti sekarang.

Dan awak selalu melicinkan or memudahkan kehidupan seharian saya macam jalinan endoplasma.Bila saya tengok perangai comel awak masa tengah marah (kasar) awak angkut stress saya dan rembes jauh jauh macam jalinan endoplasma kasar yang menganut protein dan merembes keluar dan dibungkus dalam vesikel.Dan awak lah jalinan endoplasma licin yang menenangkan saya sebab awak dah menyakhtoksikkan bahan beracun dalam organel,

Dan lagikan awak,Awak lah jasad golgi saya sebab awaklah punca kebahagian saya.Sebab jasad golgi kan berfungsi sebagai pusat memproses,membungkus, dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein



Lagi,saya janji kalau awak sedih...saya akan jadi lisosom sebab enzim hidrolisis saya akan menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida dan asid nukleik juga menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan.


And then,saya tidak akan jadi setriol untuk membentuk gentian gelendong dan membahagi cinta awak kepada orang lain.

Akhir janji saya pada awak.Saya akan jadi klorofil menyerap cahaya(bahagia) awak dan menukarkan kepada kenangan yang lebih bermakna.(makanan)Fotosintesis.

Image result for sekian terima kasih
Alhamdulillah selesai sudah perkongsian pertama saya.Ada banyak lagi dan insyaAllah dilain masa part ini akan disambungkan,Senang tak gais pakai cara ni? So Road To SPM gais dah sedia belum.Terus follow dan support bagi menanti sambungan seterusnya bagi tip menghafal study ni.klik ruang iklan disebalah sebagai sumbangan ikhlas anda.
ikhlas daripada
Khaidir Amir

Post a Comment

1 Comments