Tips Mudah Menghafal (Fizik) Bab4 (HABA) SPM Part III (Spot Diagnostik SBP)

   Exam Diagnostik AddMath dah habis dah semalam.Punyalah study tiap malam sampai pukul 2 pagi ngan senior tapi hancur jugek....masih pening nak pikir cara caner nak defeat benda alah ni.Apa papun yang dah berlalu biarlah.Kita tebus balik dengan subjek Biologi,Fizik...Say bye bye to straight A diagnostik 2015...Kepada semua SBPian.Wajib baca.Ini adalah spot Diagnostik 2015 Fizik.Spot belum tentu betul so baca jer lah.Saja highlight yang penting penting jer yang akan keluar.
Setiap kali nak kira ennn kalau bab haba jangan lupa benda ni.
Kelvin=Celcius+273
duit kelvin=duit celcius+RM273

Seterusnya,Keseimbangan Terma
Keseimbangan Terma ialah pemindahan haba bersih antara 2 jasad adalah sifar.Suhu kedua dua jasad adalah sama.
Muatan Haba Tentu
Image result for muatan haba tentu
Muatan Haba Tentu=kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyk 1'C bagi 1 kg bahan.

Aplikasi Muatan Haba Tentu
Sistem Penyejukan Enjin Kereta
Air ada muatan haba yang tinggi,4200Jkg-1'C-1
oleh kerana itu air dapat menyerap kuantiti haba yang banyak  dengan kenaikan suhu yang lebih rendah.Air sesuai sebagai agen penyejuk dalam radiator kereta.
Image result for muatan haba tentu radiator
  1.  Haba daripada enjin yang panas dipindahkan ke air.
  2. Haba dari air panas dibebaskan ke udara.
  3. Kipas digunakan untuk menyejukkan air panas.
  4. Air sejuk dipam semula  ke dalam blok enjin untuk menyejukkan enjin.

Periuk
Image result for muatan haba tentu periuk
Haba Pendam & Haba Pendam Tentu
Haba pendam  ialah jumlah haba yang diserap atau dibebaskan apabila jasad berubah bentuk fizikalnya tanpa melibatkan perubahan suhu.

Haba Pendam Tentu Pelakuran 
Haba yang diserap oleh pepejal apabila ianya melebur tanpa kenaikan suhu.
Haba yang dibebaskan apabila sesuatu cecair membeku tanpa perubahan suhu.
Haba yang dibekalkan digunakan untuk melemahkan dan memutuskan ikatan antara molekul pepejal.

Haba Pendam Tentu Pengewapan
Haba yang diserap oleh cecair apabila berubah menjadi wap tanpa kenaikan suhu.
Haba yang dibebaskan apabila wap berubah menjadi cecair tanpa perubahan suhu.
Haba yang dibekalkan digunakan untuk melemah dan memutuskan ikatan antara molekul cecair.


Masih banyak lagi yang belum  kupas bab 4 ni sebab banyak sangat so akan kupas part seterusnya.Apa?Boring?Sebab tak de mngayat 2 semua tu.Sebab bab ni agak series dan complicated.Aku nak pusing pusing sembang apa pon tau.So goodluck guys!!!
Support dengan klik ruang iklan disebelah....
-To Be Continued-
Image result for quotes about hardwork
ikhlas daripada
Khaidir Amir
Part Sebelumnya.

Post a Comment

0 Comments