khaidirkhaizuki.blogspot on NEWSPAPER!!!(Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Cikgu Mula Mengetahui Blog Anda)

   2 minggu lalu,dalam subjek pendidikan Islam,aku duk kena bahan habis ngan ustazah.Ustazah habis tanya blog aku semua kata nak baca.Dah lah koleksi penulisan aku sebelum ni,alahai malu nya nak cakap....dan di susuli dengan berita gembira ni pulak.
    Wow nak citer cari keratan ni punya azab wei.Masa tengah gaduh gaduh ngan junior aku,tetiba dia duk cakap "Tau la masuk paper....'" Aku rasa macam terkena renjatan.Aku dah lama tunggu duk bila BH nak publish blog aku.Aku duk tanya kat dia "Betul ker???saper citer???"Dia pun jawab.. " Apek Form 2.Bapak dia datang haritu tunjuk kat dia.Dia tanya kenal tak abang ni?"

    Aku pun gi la jumpa budak tu suh dia mintakkan kat ayah dia keratan tu.Tapi macam biasa la.Junior ni mana leh caya.Aku pun gi cari orang lain tanya.Dari floor 1 ke floor 3 aku tanya," Saper sini mak bapak dia selalu baca BH???" Apa jawapan dorang.

" Makayah saya baca Utusan" -mesti tengah perpecahan ni-
"Mak ayah saya baca sinar hari hari" -mesti tengah keliru-
"Mak ayah saya baca The Star" -wow nigga,maybe anak orang terpeljar,-
"Mak ayah saya baca Harakah" -errrrr tengah independence-
"Mak ayah saya selalu baca online jer...Malaysia Insider"  -mesti tengah happy skrg ni-

    Syukur ke hadrat ilahi,berjaya jugak jumpa paper ni....Tapi banyak gak la duit habis,aku belanja dia burger...pastu bagi dia RM5...untuk keratan ni jer...alahai.

    Bila baca keratan ni,baru aku tahu caner kerja wartawan.Sebab aku tulis lain jawab interview tu,tapi lain yang masuk.Pandai juga dia manipulated ayat aku.Anyway great work.Credit to Kak Azma Laila,yang tak pernah penat jemu layan kerenah aku.Banyak jasa akak kepada saya ni,masa depan saya nak terbitkan buku sendiri semakin cerah sekarang.

    Sekarang ni cikgu akan mula mengetahui kewujudan blog aku,Untuk mengelakkan aku dari kena bahan setiap masa PdP.What should I do?????

Apa yang anda perlu lakukan Apabila Cikgu mengetahui Kewujudan Blog Anda

Lagi lagi cikgu tau masuk paper,mesti dia nak cek blog aku.Pastu bagi keratan tu kat wassap grup... "Ohhh budak ni yang selalu cacak rambut tu???macam nanas tu"So nak kurangkan kena bahan,apa yang saya perlu lakukan.

  • Tulis banyak banyak entri agama:kalau ustazah cek,owh budak ni berdakwah rupanya...tapi maghrib turun lambat jugak....
  • Delete entri lama lama yang meleleh dan merepek:tak sanggup aku dibahan ustazah nanti sebab entri lama aku....
  • Puji Cikgu cikgu:jangan cakap saya tak payung......
 Dalam usia blog saya yang terlalu muda,1 tahun 4 bulan,dah masuk BH Skor,Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua,saya berada ditahap ni kerana anda.Peace no hate....teruskan support saya


Post a Comment

2 Comments

  1. mana mana boleh terpilih masuk paper ni? hehehe

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    singgah :D

    ReplyDelete