Wednesday, 1 February 2017

Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2017/2018 Dibuka (Mesir,Jordan,Morocco)



Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2016/2017 perlu membuat permohonan secara atas talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

Permohonan atas talian akan dibuka pada 04 Mac 2016 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 18 Mac 2016 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari.

Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 2 Februari 2017 pukul 5.00 petang.

    Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

    Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

  PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (JORDAN, MESIR DAN MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2017/2018

Pengumuman Terkini :

    Dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar, Mesir telah menetapkan syarat minimum kemasukan yang baharu bagi bidang Pengajian Islam lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada MAQBUL ke JAYYID mulai sesi kemasukan 2017/2018.

    Permohonan bagi lepasan STAM akan ditutup pada 2 Februari 2017 pukul 5.00 petang dan pemohon perlu hantar dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 17 Mac 2017 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang. Sebarang permohonan yang lewat tidak akan diterima dan diproses.



* Sila baca Panduan Permohonan sebelum memohon masuk ke dalam sistem

* Bagi memudahkan kelancaran proses memuat naik gambar semasa mengisi borang, anda dikehendaki untuk menyediakan gambar berukuran passport
dalam format (*.jpg, *.png, *.jpeg) bersaiz tidak melebihi (1MB)
* Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian
03-8870 6226/6627.


Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/borang/Panduan_Permohonan.pdf

1 comment:

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!