Aku Seorang Guru Tuisyen

          Aku seorang guru pelajar lepasan SPM yang mempunyai picisan ilmu yang boleh disumbang kepada masyarakat yang dahaga dan sangat memerlukannya demi sesuap rezeki.Disaat rakan rakan lain dibayar RM1500 sebulan kerja sebagai pak guard,RM800 di Seven Eleven dan RM1200 di restoran makanan segera.Aku memilih dibayar RM15 satu kelas yang hanya mempunyai 3 kelas selama seminggu.Dalam sebulan gaji yang diperoleh tak sampai pun RM150.

         Dengan gaji seciput tu saper yang akan berpuas hati?Ikutkan hati bulan 1 lagi dah berhenti.Tapi aku decide go on.Tahan sampai keluar result SPM.Disaat rakan lain dah mempunyai RM 3000 lebih dalam simpanan selama 3 bulan kerja,dan aku just RM 300 je dalam 3 bulan....perbezaan ketara...kenapa aku stay lagi.Kenapa?

        Satu hari datang seorang budak tingkatan 4 yang nampak macam taiko belajar Modern Math ngan aku...aku rasa cuak jugak...kut kut dia nak belasah aku ker...awal awal lagi aku dah sangka buruk.Mana taknya masuk kelas first bawak pen je....buku tak bawa...semata hanya sebatang pen.Tapi rupanya aku dah misjudge dia....walaupun dia berlatarbelakangkan kelas belakang...tapi semangat dia nak belajar sangat tinggi.Dengan syarat kena cakap lembut lembut elok elok...jangan tinggi suara or marah dia bila dia salah or tak paham...Itu cara nak deal dengan budak kelas belakang.

         Saya tanya anda soalan KBAT,Kenapa ramai budak kelas belakang malas nak pergi sekolah,malas nak belajar sedangkan dorang memang nak belajar,nak ubah masa depan mereka...tapi why they decide tu ponteng sekolah???Agak sombong dan angkuh untuk saya menyalahkan guru tapi mari kita muhassabah.

        Budak yang mempunyai masalah lambat paham ada 40 orang dalam kelas,maklumlah kelas belakang....cikgu ada masa 1 jam nak ajar satu subtopik....dengan suasana bising yang susah dikawal....dan dah ajar 4 5 kali masih tak paham...mana cikgu tak hangin....abis dimarah semua budak tu...last last desire budak tu nak belajar hilang cemtu jer.....habis pergi CC ponteng.Yala datang sekolah semata kena maki ngan cikgu jer,...baik ponteng...pastu salahkan budak tu nakal tak de masa depan....dirotan di bilik disiplin...stop salahkan dia...tengok asal dia jadi camtu...punca dia...mungkin salah ibu bapa dan mungkin dari salah kita....
     Memang budak taiko ni jenis lambat paham....memang penuh kesabaran aku ajar dia....bayangkan la bundarkan pun tak tau...round off...budak  darjah 6 punya topik tu....ikutkan rasa nak give up je....itu hasutan syaitan la...tapi pikir dengan otak yang waras...kesian mak dia..ayah dia...mak pak dia hantar dia gi tuisyen sebab dia cemtula....kalau dia pandai tak yah dia hantar tuisyen...betul tak.So aku rasa bertanggungjawab tuk ajar budak ni dari Math form 1 supaya aku tak mengecewakan mak ayah dia yang bayar RM40 sebulan untuk kelas Matematik Moden.Hati ibubapa mana ang tak sedih tengok report kad anak E semua....

     Tapi satu  aku perasan,budak budak macam mereka yang kurang pandai ni....kalau dorang dapat paham satu benda tu dorang punya seronok tu lebih daripada orang orang pandai....sebab depa rasa "yes...aku dah pandai..." so dorang lagi bersemangat....kalau buat perbandingan...kalau budak budak ni kit bagi 100 latihan sama dorang tak jemu buat...sebab dorang tak nak lupa sebab dorang rasa seronok nikmatnya paham benda tu and sayang nak biarkan lupa....

Lain dengan budak pandai.Kalau dah paham...latihan pun tak nak buat....last last lupa marah marah orang cikgu semua tak ajar...sebab tu budak yang kurang pandai ni,kalau jumpa cikgu yang betul and sabar...dorang boleh jadi lagi berjaya dari orang pandai yang biasa,

Pengalaman menjadi guru tuisyen ni adalah yang amat bernilai kerana aku belajar benda yang aku tak belajar kat sekolah SBP or mana mana...iaitu ramai orang susah kat luar sana...tapi apa patut kita buat?Simpati dan terus buat hal sendiri lupakan simpati yang anda buat tadi?atau take action???
"Im Quit :) "

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah kerana semangat yang kental tu ada untuk ajar dengan penuh kesabaran semua anak murid nih. Bukan senang tugas sebagai 'cikgu' ni walaupun cikgu tuisyen or tutor. 💪💪💪

    ReplyDelete