Saturday, 18 March 2017

Pengalaman Di Kolej Islam Sultan Alam Shah KISAS Rahsia Sekolah Berasrama Penuh Kedua Terbaik Keputusan SPM 2016

Asalamualaikom.Saper tak kenal KISAS???atau lebih dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah...yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij dan sentiasa mengekalkan tangga top 5 SPM dalam Ranking SBP setiap tahun.Cuma ramai mesti tertanya apa rahsia pelajar pelajar KISAS ni and caner dorang belajar ?Telan buku kah???apakah???Semuanya akan saya bongkarkan dalam entri ni

Saya mula mengenali KISAS ni,ketika saya Form3,pada ketika itu saya menyertai pertandingan pantun peringkat negeri dan bertembung dengan pasukan dari KISAS pada peringkat suku akhir.Nak jadikan citer tewas la dengan dorang....dak SBP kut nak expect menang ke???ahahaha
Dari situ la aku amik tau sikit sikit pasal KISAS ni.

Ditakdirkan pada bulan 8 tahun lepas ada satu program Bengkel Sejarah di KISAS.Sebelum Trial SPM gitu...mula mula aku tak terpilihpun...nak jadikan cerita Drama Melayu,yeah kawan aku kena absorb tuk bengkel Biologi kat Bukit Changgang so memang padan muka dia....and cikgu mencari pengganti...dan aku pun mengangkat tangan dengan laju dalam suasana hiruk pikuk semua berebut nak pergi juga.

"Ok....bagi tau cikgu alasan sebab apa kamu layak pergi KISAS untuk bengkel Sejarah tu???"

dan aku pun angkat "Cikgu,sejarah saya PPT saya sorang je dalam kelas B....Saya kena pergi cikgu..."
"Ok Khaidir...kamu pergi"

Yessssss!!!!!!!!

Series wei kalau korang pelajar SBP,korang kena pergi KISAS sehari pun jadi la...Aku tak tipu....suasana dia tak mampu digambar dengan kata.KISAS juga digelar sebagai Bumi Waqafan....seingat aku sebab ada lah sejarah dia pasal tanah kawasan KISAS ni dulu diwaqafkan untuk pendidikan agama...and lagi situ kawasan ni sangat tenang then digelar sebagi bumi Waqafan...someting like that la...ada juga kata maksudnya bumi bertuah...ni ada budak Kisas citer ni


And suasana kat KISAS ni,aku boleh cakap macam Lost World la...Nampak masjid tu...batu batu dia macam batu yang kat masjid masjid lama.....seni bina Turkey yang selalu nampak kat internet...series lawa...korang try lah gi...and suasana luar sekolah tu macam Lost World....maksudnya tak terkesan dengan pembangunan....jalan jalan kampung...and bangunan sekitar dia macam kayu kayu la....macam Old Town....kalau tak paham sila buka buku Sejarah...tengok camner suasana Taiping  time zaman jajahan British.Ohh ya nama masjid tu Masjid Diraja Sultan Suleiman...


Suasana dia sangat tenang....jauh berbeza dengan SBP aku belajar yaitu SMS Banting...Kalau nak buat perbandingan la ennn...nak cakap sekolah aku tu penuh dengan noda,dosa dan maksiat....ahahahaha gelak gelak juga aku cakap betul
Dan kat luar ada tulis Visi Sekolah ni adalah melahirkan Ulul Albab Bertaraf Dunia....aku yang baca visi tu pun sentap.....kalau korang tak sentap....hati korang memang dah hitam...ahahaha

Nampak jejantas tu???ok jejantas ni menghubungkan antara dua bahagian.Bahagian belah sini sekolah dan asrama perempuan...belah merentas jalan asrama lelaki sahaja...so nak gi asrama...hari hari dak laki kena naik jejantas...tu je jalan yang ada.So kalau nak fly sangat la senang...lompat dari jejantas terus naik bas kat perhentian bas...ahahahaha

Citer pasal jejantas ni,aku ada pengalaman la borak ngan budak KISAS ni,triggered gila....kalau aku citer mesti korang gelak and respect.
Masa aku kat KISAS,Aku lepak kantin,jumpa la sorang budak ni tak tau la...dia tegur..dari Banting ke???dah borak borak...saje la aku gurau

"Bro,asrama jejantas ni,senangla enn nak fly,panjat je pagar jejantas tu dah sampai jalan dah...ada orang dah pernah buat ke???"

"Klau nak fly,lebih baik tak yah masuk sini...orang masuk sini nak belajar....nak ubah diri hijrah jadi lebih baik...kalau masuk sini bawak perangai jahil lama....buang masa jer."

ADDUUUUUHHH...PEDIH NANANG ARRRR...KOYAK WEI KOYAK

Lagi satu,Sekolah aku ni tuan rumah KESUMA 2016....so semua SBP punya ketua rumah sukan datang berkursus kat sekolah aku....nak dipendekkan citer...budak KISAS ni selalu turun awal surau dalam pukul 4:30 pagi tahajjud...pastu dia pelik ....kenapa surau masih sunyi lagi....gelap gelita....sedangkan surau dorang waktu ni dah terang benderang dah ramai tahajud...so dia pun tanya la member aku...dengan terus terang tanpa berselindung menyentap jiwa dan raga tanpa menjaga hati yang mendengar...

"Untungnya Budak BASIS,Aku pelik kenapa Budak BASIS ni,surau dekat sebelah asrama jer...tapi tak de orang pun yang turun tahajud.Dah la tak turun tahajud...turun subuh jemaah pun lambat...ada yang tak turun lagi dahsyat....solat sunat sebelum subuh tu pun tak buat....nikmatnya la sekolah korang ni....sekolah aku nak pergi surau pagi pagi kena naik jejantas dari asrama tiap pagi...tapi masih boleh pergi ke surau seawal 5 pagi duduk iktikaf sebelum solat subuh...dah la jauh nak kena naik jejantas...korang asrama sebelah surau...tak gunakan nikmat dengan sebaiknya.."

pERHHHH Perrrhhhhh Perhhhhhh triggered nanang do aku dengar......memang betul apa dia cakap tu,,,tapi cara dia cakap tanpa bertapis tu buat orang macam rasa dia bajet je...dia je dah alim tahap warak perfect semua benda...orang jahil ni pemikiran pesimis jer....ahahahaha


Rahsia Kecemerlangan SPM Pelajar KISAS

OK,Saya nak share pasal pengalaman saya sehari di KISAS plus ngan pengalaman kawan saya Immersion seminggu disana...Apa rahsia depa???Check this out...TAKE NOTE....

1.Ikhtilat (No Cintan Cintun)

Sampai je kat KISAS,First sekali aku cari tandas.Yeah man dh mau terkiceee dah...habis lepas hajat,berjalan jalan disekelilin KISAS jap....ya memang rasa tak selesa.Semua mata memerhati dengan slack dan tidak selesa....kami bukan dilayan dengan senyuman mesra tapi pandangan tajam peljar pelajar terutama pelajar lelaki.

So,aku sebagai lelaki memang la nak usya awek awek KISAS ennn.So jalan la mencari cari....so jumpa sekumpulan perempuan tengah jalan berborak borak last bila aku lalu sebelah dia and aku pandang dia...terus perempuan tu berjalan kesebelah tepi jarak jauh dari aku and tundukkan kepala...macam tanda hormat pun ada...aku macam???why???dia tunduk hormat pada aku ka???

And kali kedua aku pergi tandas diarea lain...kawasan ni dekat dengan kawasan Form6 dan agak sibuk..so jadikan citer ..ada satu insiden berlaku....keluar dari tandas ade perempuan hampir langgar aku....dia terkejut and terus tunduk depan aku and jarakkan 1 meter dari aku dan mintak maaf dan berjalan sambil tundukkan kepala...and aku yang masa tu terpaku memandang wajahnya yang indah tu macam terpinga pinga...ada sekumpulan perempuan lain dibelakang pun berjalan dengan menundukkan kepala dihadapan lelaki...

Tapi...aku tengok lelaki kat KISAS tak tundukpun bila lalu depan perempuan.Why????Hanya perempuan jer yang buat camtu.Why???Misteri ini perlu dirungkai....

So barulah aku tau...kat sini konsep ikhtilat sangat kuat .Perempuan di KISAS wajib mengelakkan wajah mereka ditatap oleh lelaki....so senang citer kena tundukkan pandangan.And lelaki pula jangan sibuk usha perempuan...
So bila pikir balik aku jejalan menerawang dalam keadaan jahil...usha awek sana sini...no wonder la semua perempuan tundukkan kepala and ada sampai tutup muka ngan buku and tudung....

Ya Allah...setelah aku tahu jawapan kepada tindakan dorang tu.....malu aku time tu hanya Allah je yang tahu....and setiap kali aku jalan lalu depan perempuan aku yang akan tunduk kepala....tak nak pandang depa...


Hang nampak gambar ataih tu...itu namanya IKHTILAT ZONE.dimana ada gap yang memisahkan mereka....untuk pengetahuan korang....Ikhtilat Level dorang level 9999...ahahaha

dalam kehidupan seharian....lelaki tak boleh bercakap dengan perempuan kecuali atas urusan penting....nampak ...cakap pun tak boleh apatah lagi nak hantar surat dengan coklat bawah meja....memang nahas...silap silap kena tindakan disiplin tau....kalau kantoi...and kalau lelaki nak berkomunikasi dengan perempuan atas hal hal tertentu....tidak boleh duduk semeja...and kalau tengah berdiri mesti jarak sekurang kurang nya 2 or 3 meter cemtu...memang jauh...series talk....

and dalam satu meja tu memang kena jauh gila and tak boleh satu laki satu perempuan...or 2 laki 1 perempuan atau 2 perempuan 1 lelaki.....mesti 2 lelaki 2 perempuan atau lebih supaya ada saksi bagi kedua dua belah pihak bagi mengelak fitnah.Itu yang aku dengar dari kawan aku la...

So denga syarat seketat tu,kalau korang ade crush kat KISAS,chance kau nak couple tu dalam 1% je berjaya...ahahaha tapi ada je yang couple...time cuti la...ahahaha time sekolah kena berjauhan la..tak leh berkomunikasi...and so on...

Di dalam kelas...wajib semua lelaki dihadapan dan perempuan di belakang....dan prep lelaki dan perempuan berasingan...dan lelaki tak boleh belajar dengan perempuan...walaupun great student tupompuan ke apa....kalau ada cikgu laki selagi ada laki....walaupun semua laki dalam tu bodoh pun,....hang kena belajar juga dengan lelaki...no matter what...no more excuses...so saper nak guna alasan nak study grup semata nak dating boleh gi mampus...ahahaha


Kepemimpinan Lelaki

Ok part ni aku paling rasa bersalah nak sentuh...sebab aku takut aku jadi punca KISAS ni ramai perempuan dah tak nak masuk...sebab series ramai perempuan yang masuk KISAS kata menyesal...sebab dia remeh jer.Sebab dorang tak suka ngan lelaki kat KISAS.So aku takut aku jadi punca ramai muslimah muslimah yang sepatutnya jadi pemangkin agama di Malaysia habih tak nak masuk KISAS sebab dengar cerita aku ni...Tapi aku akan share jugak sebab ni mempengaruhi kejayaan KISAS bukan saje dari segi akedemik but dari segi dunia dan akhirat.

So sebelum aku citer.Kepada adik adik Form3 Perempuan yang berniat untuk menyambung pelajaran di KISAS.Jikalau anda seorang kepala baran,feminist dan berpegang kepada falsafah Women always right...jangan masuk KISAS.Aku cakap awal awal...aku ulang balik dengan bold....

Jikalau anda seorang kepala baran,feminist dan berpegang kepada falsafah Women always right...jangan masuk KISAS.

Sebab lelaki kat sini dah dididik untuk jadi pemimpin..dan mereka akan memimpin korang kaum wanita....bukan jadi pemimpin mesti suami...bah konteks pemikiran tu sikit...pimpin je kawin pimpin je suami....tu la banyak tengok drama melayu pukul 7.

Dekat sini korang akan selalu ditegur oleh lelaki...di nasihatkan dengan dakwah sentap...no sweet talk....terus direct....
"Woi...kau tu perempuan jangan gedik sangat...suara tu jangan dilunak lunakkan."
"Wei,body language tu jaga....boleh menggugat nafsu lelaki..."
"Korang perempuan ni memang tak reti tutu aurat ek?tak takut Allah...rambut terkluar kluar pakai tudung..."

so semua benda memang laki akan tegur....kalau pompuan buat silap..and yang paling best perempuan tak boleh tegur or nasihat lelaki kalau lelaki buat salah....
itu rule dia...nampak macam tak adil ...tapi nak buat camner...laki pemimpin.Tu yang ramai perempuan fed up ngan laki kat KISAS,Memang benci habis dikutuk katanya bajet la apa la...

And walaupun luar sekolah kalau kau post instagram pun lelaki KISAS still akan tegur...
"Wei gambar ni menaikkan syahwat lelaki...padam.."
And perempuan yang rasa women always right...
"Kau ni kalau dah rasa berdosa sebab gambar aku naikkan syahwat,jangan la follow...gambar aku masih tutup aurat kut..."
"ya tapi muka kau menaikkan syahwat lelaki."
"Dipersila unfollow...jangan la follow aku...jangan la follow insta perempuan kalau dah tau gambar dorang semua menaikkan syahwat."

Tapi lelaki tu tetap tak unfollow...memang la kalau aku sebagai perempuan pun marah...tapi kalau pikir balik...lelaki tu buat sebab dia sayang kau...bukan sebagai kekasih...or sahabat....tapi sebagai ummah...sebagai saudara islam ....cuba pikir....kalau kau terus upload gambar gambar yang menaikkan syahwat lelaki...even tutup aurat sempurna...tapi senyuman kau tu meruntun hati lelaki sampai buang masa usha gambar kau...ngurat kau...screenshot gambar kau buat apa tah.....tak ke jadi saham dosa????

Memang la perempuan kata,eleh ramai jer buat???takkan berdosa lak???
Ya...kalau seluruh umat Islam di Malaysia minum arak gi disko....kita pun takkan rasa benda tu berdosa...
kalau semua orang Islam makan rasuah...kita pun lek makan rasuah..tu yang ramai kena tangkap masuk paper...orang melayu jugak....


Ucapan Di Tiap Akhir Kelas

Kita semua ennn...kalau habis kelas cikgu mengajar...paling kurang kita ucap ramai ramai terima kasih cikgu macam upin ipin ennn???betul tak???ngaku je la...

Tapi not in KISAS.Dorang ada satu ucapan dalam bahasa arab yang sangat memberi kesan kepada sesiapa  yang memahaminya...

Ucapan terima kasih cikgu kita selalu ucap dengan heartless ennn...tak de perasaan pun...
Tapi ucapan di KISAS  tiap akhir kelas pasti menyentuh hati siapa yang memahami lirik Arab tersebut

Jazakul jazakul jazakul fi khairan~
aku lupa la....ahahaha

Yang membawa maksud terima kasih saudara,pertemukanlah,himpunkanlah,disyurgamu~ dalam bentuk lagu ucapan yang sayu

banyak lgi macam tarbiyah,usrah ukhwah dan lain lain...so kalau nak tau rasa sendiri...jadi cikgu kat sana ka...acik cleaner ka...pelajar ke...and saya tak larat nak tulis kat entri ni...sebab pengalaman saya sehari je...kawan saya seminggu je...nak tau lebih laGI....Ni aku bagi link bawah ni :)
http://fairy-ins.blogspot.my/2012/06/nukilanku-pandangan-tentang-kisas-kolej.html

OK Last sebelum aku tutup entri kali ni....kehidupan KISAS ni memang best dan tenang.Klau aku boleh mintak undurkan masa...aku nak duduk KISAS...memang sebab tenang and kau na beribadat tenang jer...kau akan rasa sentiasa nak beribadat kat sini nak jadi orang baik series...memang orang kata...kalau kita nak jadi baik kat mana mana pun boleh....banyak alasan...kalau dah ahli neraka tu ahli neraka....takkkk

Persekitaran yang baik juga mempengaruhi perubahan dan ibadat seseorang.Contoh,suasana KISAS yang terpelihara dari aurat lengan perempuan.Suasana tu memang mempengaruhi...bayangkan...kat sana nak solat senang je khusyuk tapi kat BASIS...haram...solat Dorm jer....
Akhlak orang orang kat sana lelaki memang matang...jauh langit dengan bumi ngan laki BASIS. Mana taknya..saat lelaki lelaki KISAS tengah baca Al Quran di taman yang sunyi,budak laki kitorang tengah main flip bottle...umur sebaya...kelakuan berbeza...

Masuk KISAS dan menjadi warganya adalah nikmat Allah kepada hambanya yang tidak ternilai,sebab tu aku mohon UIA...memang la takut belajar bahasa Arab.But aku harap suasana disana mendorong aku ke arah menjadi hambanya daripada suasana sekarang yang lebih mendorong aku kearah neraka....

 "Ya Allah,akhirkanlah hayat aku menjadi hambamu yang Soleh dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman"

1 comment:

  1. Heard about KISAS back few years ago, mmg terasa nakmasuk tapi haih, entah lah.

    Bab persekitaran tu lol memang betul yang untuk baik; takperlu kira kita kat mana. Sama ada nak atau tidak je, istiqamah atau tak. Kalau diletakkan dalam suasana yang baik-baik tapi hati taknak berubah - aint gonna do anything good for you either. Tapi, kalau ada peluang untuk berada ditempat baik-baik, why not? lol.

    No worries, bahasa arab okay je kat UIA.

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!