Sunday, 30 April 2017

Perkara-Perkara Penting Yang Perlu Ambil Perhatian Apabila Menjalankan Majlis Perkahwinan

Hari Ahad kebiasaannya memang wajib la kita akan kena pergi rumah orang kawin sedara mara dan ni antara benda yang aku malas dan tak suka.Sebab sedara sedara tu memang tak kenal.So rasa macam datang untuk makan jer.Dan lumrah bangsa Melayu yang terkenal dengan budaya hasad dengki,mengumpat dan pelbagai maksiat lain yang mengalir dalam darah.Dan majlis perkahwinan seperti persandingan tidakkan akan terlepas dari mulut mulut mak cik yang suka mengutuk.

"Kau tau majlis kawin si Abu anak si Jemah tu....alahai makan tak sedap kau tau...tah katering mana la dia bayar...."

"Kau tau khemah si majlis kawin Timah tu alahai....warnanya.....pudooooorr.....tak der macam suasana ceria lansung."

Ya....kita mungkin akan bersalam dengan tetamu dengan senyuman dan ambil duit yang dorang bagi tu...(itu pun kalau dorang bagi...melayu......) dalam hati menyumpah apa semua.

Tujuan mengadakan majlis perkahwinan adalah menjemput saudara mara dan kenalan untuk menjadi saksi,menghebahkan akan perkahwinan kita,anak kita,sedara kita disamping meraikannya.Kalau dah nama pun nak meraikan,kena pastikan orang yang kita suruh nak raikan turut berpuas hati dan gembira untuk meraikan pasangan pengantin.Jangan menyumpah dah la....Jadi kenalah puaskan hati tetamu juga bukan puaskan hati sendiri dengan buat benda tak sememnggah.Nanti kantoi member sedara kutuk majlis kahwin belakang kau nanti marah pulak.

Ada juga orang yang Islamik kata...tak yah nak sanding sanding...buat cara Islam..jemput datang acara nikah dan jemput makan dorang masa tu...Tapi biasa la MELAYU. Kalau adat tak diresmikan,mesti ada tak kena...
"Asal ek anak Pak Leman ngn anak Pak K ulop tu tak buat majlis sanding???aku rasa dorang telanjur kut....nak tutup aib..tu kahwin terus tak buat majlis apa..."
"ehhh ye ke????anak Pak Leman tu selalu solat jemaah kut...rajin gi surau..."
kesian orang tu...orang tu nak ikut sunnah...dah kena fitnah....


Jadi hari ni.Saya listkan perkara penting yang perlu amik perhatian,supaya anda tahu,biasanya apa yang kitorang akn kutuk kalau benda ni ada kat majlis kahwin kau.So korang boleh la elakkan.

1.Makanan
Benda ni memang nombor 1 keluar dari mulut mulut mak cik kalau mengumpat majlis kahwin orang series.Kalau mulut mak cik tu dijadikan Google Search Engine ...perkataan makanan akan jadi first highest rate topic la....mana taknya?Orang tu dah la penat nak berehat cuti....dipaksa datang kat majlis stranger kahwin...mungkin kawan ayah aku yang aku tak kenal.So niat aku jadi 100% untuk makan.Tapi disebabkan makanan tak sedap...dia menyebabkan mood aku sepanjang hari tu spoil sebab ye la...urusan aku aritu tergendala sebab majlis ni...at least bagi la makanan yang sedap...

Ni balik balik nasi hujan panas....nasi hujan panas ...nasi hujan panas....bro...agak agak la...nasi hujan panas..nama pun hujan panas....hujan panas disebabkan oleh pengumpulan asid sulfurik yang bercampur dengan  wap air di udara....kau kalau kena hujan panas pun lari....dulu kau selalu kata kat kitorang...
"Bro,aku dah bau nasi minyak ni...."
ni nasi hujan panas gila......

Benda ni sangat penting.dan makanan mampu mempengaruhi keseluruhan majlis tersebut.Ni kisah benar.Ada satu majlis kahwin yang aku pergi,dia buat kat hotel...gempak la macam kaya habis...tapi makanan dia tak sedap.Apa kesudahannya?Kena kutuk juga...
"apa la majlis kat hotel....makanan tak serupa macam hotel...tak sedap lansung..."
Apa perasaan tuan majlis yang dengar????duit dah habis puluh puluh ribu ni????siapa nak salah???

Dan ada  juga yang majlisnya dibuat di padang tanah merak yang lecak....masak pun rewang jer....bajet ciput la...so keadaan kawasan tu memang tak selesa...tetapi...disebabkan makanan yang dihidangkan tu sedap/////nasi minyaknya...ayam merah dia perfect.....orang ketepikan flaw suasana daif tu...tapi end up...orang puji puji majlis kawin dorang....makan sedap/.....nampak?????

2.Tempat

Ok...ade orang yang ya kita paham...duit tak banyak sangat..so tak de nya nak sewa dewan tuk buat majlis kawin.So tempah khemah depan rumah je la....tapi kalau boleh biar la atas tar.....elakkan atas tanah...macam padang rmput ke apa ...supaya in case kalau hujan....kasut orang..atau orang yang pakai kasut tak kotor and pakai selipar tak rimas...

3.DJ Kahwin dan Karaoke
Pada saya Dj Kahwin dan karoke adalah satu pembaziran yang amat jelas.Bagi aku la.Why not just pasang playlist yang ada lagu kahwin and ulang ulang....masih ada rasa suasana kawin juga....ini tak....atok yang hari hari tanam tebu dipaksanya jadi DJ kahwin.....orang tu hari kari repair kereta,kau suh jadi artis karaoke....kalau suara sedap tak pe....ni orang yang tengah makan dengan suara sengau menyanyi....alahai sakitnya hati.....tapi keadaan akan berubah kalau janda yang menyanyi.....automatically....DJ atok yang kubur dah kata mari pun turut menyanyi dan menari....

4.BridesMaid
Saya berada atas pagar dalam isu Brides Maid perlu atau tidak....kerana for several reasons ia tak perlu.Tapi bila diperhalusi...dikaji..rupanya kewujudan Bridesmaid sebenarnya disebabkan faktor ini.

"Wahhh bestnya kau dah kawin....itew ni jodoh tak sampai lagi......"
"La ye ker??tak pe nanti aku kawin nanti kau mekap cantik cantik jadi pengapit aku...yang jenis ramai....so nampak macam kayangan gitu,....korang bidadari...aku ketua bidadari....mana tau nanti ada laki bujang yang sangkut ke time majlis tu..."

Pada lelaki...ya korang dah termakan umpan....ahahahah

5.DoorGift

Korang...tolong la jangan bagi telur rebus....tak semua orang makan telur rebus tu....

Selamat pengantin baru kepada kakak saya Amelia Puspa binti Rodzman dan Ala bin Ghama Al Mansoor...moga bahagia hingga ke jannah...amin :)


1 comment:

  1. Kite belum nak kahwin lagi lah. Sooner or later insyaAllah bila jodoh sampai. Hehe.. Tapi tak fikir lagi in details pasal majlis kahwin idaman, cuma ada terfikir nak buat kat dewan je sebab taknak semak rumah. 😁

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent

Jom Borak!!!