Kisah Bukti Kepintaran Orang Yahudi

Asalamualaikom.Hari ini saya ingin menterjemahkan antara kisah kisah kepintaran orang Yahudi yang diceritakan oleh Ustaz Auni Muhamed yang agak bermanfaat untuk dikongsi bersama.Sebab kita ni dah lama duk dengar dengar nama Yahudi...dari boikot dan benci depa semua kita dah buat.Golongan mereka ni mewakili hanya 5% penduduk dnia tapi sangat berkuasa dan mempengaruhi pemerintahan dunia.Dan golongan Yahudi ini juga diriwayatkan dalam hadis bahawa 70000 bangsa Yahudi akan bersama sama Dajjal menjadi pengikut.

Persoalannya,bagaimana bangsa yang sekecil ini,yang telah 6 juta umatnya telah dibunuh oleh Hitler semasa peristiwa Holocaust suata masa dahulu pada perang dunia kedua,kini boleh bangkit dan mempengaruhi dunia dengan ideologi mereka?Bagaimanakah kehebatan kepintaran mereka ini?Bersepah dan terlalu banyak cerita cerita dan antara yang dikongsikan dalam entri kali ini hanya satu sahaja yang menarik perhatian yang telah dikupaskan oleh Ustaz Auni Muhamed sendiri.


Kisah Wasiat Seorang Sahabat Baik Yahudi

Ditempat bernama Jerusalem tinggal seorang pemuda Islam dan Yahudi yang sangat akrab.Mereka berkawan baik ibarat adik beradik.Dan mereka berdua juga adalah saudagar peniaga.Dimana pemuda Islam itu berniaga,pasti disebelahnya juga peniaga Yahudi itu berniaga.Jika suatu hari pemuda Muslim itu ingin berniaga di Syam,maka pemuda Yahudi juga akan turut menemaninya bersama dan berniaga bersama di Syam.Sebelah sebelah tanpa ada pergaduhan,hasad dengki seperti orang Melayu....

Suatu hari ketika pemuda Muslim itu sedang solat di rumah,dia didatangi oleh sahabat Yahudi itu tadi.Dia menceritakan bahawa dia mempunyai sebuah keluarga.Seorang isteri dan beberapa orang anak ditempat yang sangat jauh.Kadang kadang dia akan pulang berjumpa mereka untuk memberi nafkah.Dan dia juga berasa yang hayatnya tidak lama dan ingin berwasiat kepada sahabat Islamnya.

"Aku amanahkan kamu untuk memegang harta harta aku untuk diwariskan kepada anakku.Dan jika dia datang tanpa menunjukkan 3 keajaiban,maka harta itu semuanya akan aku serahkan kepada engkau."
dan beberapa hari kemudian sahabatnya itu meninggal.

Hari berganti hari,datanglah anak sahabat Yahudi itu ke Jerusalem untuk menuntut harta pusaka ayahnya itu.Walaupun si anak itu sudah mengetahui alamat rumah sahabat ayahnya yang muslim itu,namun dia tidak terus menuju ke rumah itu,malah bertanya dahulu pada jiran jiran disekitar.Setelah dipastikan,dia membeli kayu api yang sangat banyak dan dihantar kepada rumah sahabat ayahnya itu.

Pada keesokan pagi,alangkah terkejutnyapemuda muslim itu melihat dihadapan rumahnya mempunyai timbunan kayu api yang sangat banyak,Dan muncul seorang pemuda  disebalik timbunan kayu api itu memperkenalkan diri.
Maka dapat dipastikanlah bahawa dialah anak yang disebutkan sahabatnya itu,namun masih belum lagi terlihat keajaiban yang diperkatakan.Lalu pemuda muslim itu bertanya.
"Wahai saudara,jika kau ingin bermalam dirumahku selama beberapa hari,aku punyai beberapa batang kayu api lagi yang cukup untuk 4 hari,maka tidak perlulah engkau membeli timbunan yang banyak ini."
Namun pemuda itu hanya senyum dan tidak membalas apa yang dikatakan oleh pemuda muslim itu.
Bila direnungkan bahawa pahamlah dia yang anak muda Yahudi itu ingin menetap di rumahnya buat masa yang lama.Maka terlihatlah keajaiban atau kepintarannya yang pertama.
Maka dijemputkan masuk pemuda Yahudi itu.Lalu waktu makan tengah hari itu,Stoknya ada 5 ekor merpati.Dalam rumah itu termasuk keluarga muslim itu yaitu tuan rumah suami,isteri,2 anak lelaki dan 2 anak perempuan dan anak muda yahudi itu 7 orang semuanya.5 ekor merpati tidak cukup untuk menampung 7 orang semuanya.Jadi saat ini kebijaksanaan anak muda Yahudi itu diuji oleh tuan rumah itu.Lalu dia pun memberikan sepasang suami isteri itu seekor merpati.2 orang anak lelaki itu seekor merpati dan 2 orang anak perempuan itu seekor merpati....tetapi anam muda Yahudi itu mendapat 2 ekor merpati.
"Hai anak muda,tidakkah kau rasa pembahagian ini berat sebelah?"
"Tidak....kerana jika diikutkan nisbah...kau,isteri mu dan seekor merpati adalah 3.Dua anak lelaki kau dan seekor merpati adalh 3.2 anak perempuan kau dan seekor merpati adalh 3.Aku dan 2 ekor merpati adalah 3."
Walaupun macam tak puas hati,tapi sudah dilihat kepintaran orang Yahudi itu dalam memanipulasi dan licik menipu dalam perniagaa.Maka itu juga boleh dikira sebagai keajaiban atau kepintaran yang dimaksudkan.Dan masih ingin lihat yang terakhir.

Pafa waktu makan malam pula,tetamu menghidangkan ayam turkey yang besaq bapak...dan sekali lagi anak muda yahudi diuji kepintarannya.Dan tuan rumah suami diberi kepala ayam,Isterinya diberi  leher ayam.2 Anak perempuannya diberi sayap.2 anak lelakinya diberi peha ayam.Dan isi yang banyak tengah tu dapat kat orang Yahudi itu.Tuan rumah tak puas hati tapi tak bantah.Dia hanya tanya kenapa dengan  lemah lembut,
"Kau adalah ketua keluarga...maka engkau adalah ibarat kepala dalam keluarga.Isteri kau ibarat leher.Kemana engkau pandang,leher akan ikut bergerak seiring dengan kepala.Anak perempuan kau ibarat sayap.Selepas kawin.Dia akan dibawa orang lain dan terbang ibarat sayap.Dan anak lelaki kau ibarat peha dan kaki yang membuatkan ayam itu kuat berdiri sama seperti keluarga ini teguh berdiri.Yang isi?isi tiadalah apa apa makna dalam keluarga ini sama seperti saya yang hanya tetamu yang menumpang."

Mendengar penjelasan tersebut.Maka terbuktilah dan terus diserahkan harta harta yang diwasiatkan oleh ayahnya itu kepada anaknya.Dan kepintaran anaknya diakui.

Buat kita yang membaca,pikirkanlah dari cerita tadi,kepintaran mereka menjurus kearah mana?Kita sendiri nampak dengan jelas..enn?????wallahualam

Post a Comment

0 Comments